headline mata hatiku

26 December 2008

oleh-oleh haji-1 (hajar aswad)


:alhamdulillah, kesampaian juga akhirnya ana mencium Hajar Aswad!: begitulah abah huri cerita padaku tentang pengalaman di tanah suci kemarin. pasca menunaikan ibadah haji bersama isterinya. ada perasaan lega. kegimbaraan luar biasa dari raut wajahnya saat bercerita. yah... jama'ah haji dari mojokerto pulang senin, 22 desember kemarin.


kelegaan itu sangat beralasan bila mengetahui bagaimana sejarah keberadaan Hajar Aswad itu sendiri. sebab karena Alloh-lah semua itu berlangsung. Sang Sutradara Kehidupan yang sebenarnya... ada baiknya kuceritakan kisah itu. sebab ku yakin memang banyak yang belum tahu.



ketika nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaa'bah banyak kekurangan yang dialaminya. pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. nabi Ibrahim a.s bersama nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung. dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaa'bah itu selesai, ternyata nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah. nabi Ibrahim berkata nabi Ismail berkata, "pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."


kemudian nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. ketika nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada nabi Ibrahim a.s. nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. kemudian nabi Ibrahim a.s bertanya, "dari mana kamu dapat batu ini?"


nabi Ismail berkata, "batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)." nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh nabi Ismail a.s. sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaa'bah disunnahkan mencium Hajar Aswad. beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja. ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaa'bah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. wallahu a'alam.


apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman nabi Ibrahim dan nabi Ismail. ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyekutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di tanah suci Mekah. ingatlah kata-kata khalifah Umar bin al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."

(suntingan dari 1001 kisah teladan)

0 comments:

Post a Comment

Sampaikan pesan dengan baik. Anda sopan, saya segan. Yang sudi berkomentar di sini, semoga Allah membalas kebaikan Anda. Matur nuwun.

sponsored by

Daftar ke PayPal dan langsung menerima pembayaran kartu kredit.

  ©diotak-atik oleh -- Mas 'NUZ.